FILEM XXRAY satu masa dulu telah mendapat tempat dikalangan peminat tempatan kerana jarang sekali filem Melayu mahu mengenengahkan filem yang bergenre sains fiksyen ini. Kejayaan XXRay I dan XXRay II satu masa dahulu sudah tentu menjadi indikasi bahawa kesinambungan filem ini perlu diteruskan.
Setelah bertahun lama, kini akhirnya XXRAY sekali lagi menemui kita meneruskan kesinambungan XXRay I dan XX Ray II yang ternyata mendapat sambutan hangat ketika itu. Mungkinkah XXRAY III mampu mengembalikan zaman kegemilanganya tak lama dahulu? Kita tunggu dan lihat sahaja. Filem arahan Aziz M Osman yang sebelum ini belum pernah mengecewakan penontonya, Jadi adakah buah tanganya kali ini membuahkan hasil sepertimana karya-karya beliau yang terdahulu. Mungkinkah ianya lebih hebat daripada dahulu semua jawapan hanya korang akan peroleh setelah menonton filem ini, jadi jangan lupa jadi penonton filem XXRAYIII di panggung wayang berdekatan dengan korang.
0 Comments
FILEM terus menjadi pilihan Mat Kecoh untuk dikongsi dengan korang semua hari ini. Kali ini filem Kapsul pula dipilih Mat Kecoh untuk dijadikan artikel blog Mat Kecoh pada hari ini. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sains fiksyen.
Faizal Hussein selaku watak utama filem ini mungkin mengingatkan kembali sewaktu era kegemilangan Faizal Hussein yang pernah berlakon dalam filem sains fiksyen sebelum ini. Untuk rekod filem Faizal Hussein sebelum ini ialah XX Ray I dan XX Ray II yang diarahkan Aziz M. Osman. Sebut kata Aziz M. Osman sememangnya Mat Kecoh merindui karya-karyanya yang luar biasa, Mat Kecoh abang Aziz M. Osman dapat membuat come back di dalam industri filem tempatan. Lupakan perkara yang lama marilah sama-sama kita berusaha untuk menghasilkan filem-filem daripada genre sains fiksyen. Sebelum Mat Kecoh jadi lebih mengarut adalah lebih baik kita balik kepada artikel blog ini. Bagi mereka yang ingin mendapatkan informasi tentang sipnopsis filem ini jangan lupa ya baca di bawah ini: HARI ini MAT KECOH ingin berkongsi sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul "Zombi Kilang Biskut". Filem ini telah ditayangkan di pawagam semalam. Menariknya filem ini telah diterbitkan oleh syarikat Mamat Khalid sendiri iaitu Enjit-Enjit Semut Sdn. Bhd. Filem ini dijangka akan membuatkan penonton tak kering gesi melihat elemen-elemen komedi yang diterapkan oleh Mamat Khalid. Namun, belum dapat dipastikan bahawa adakah filem ini akan menjadi filem komedi 'pecah panggung'. SIPNOPSIS FILEM ZOMBI KILANG BISKUT MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. MAT KECOH rasa sudah terlalu lama Mat Kecoh tidak mengemaskini blog ini kerana masa memang amat mencemburui Mat Kecoh, sudah berkali-kali Mat Kecoh cuba untuk mengemaskini blog ini tetapi tak dapat, Alhamdullilah hari ini Mat Kecoh telah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini jadi Mat Kecoh tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini. Pada kali ini Mat Kecoh ingin berkongsi dengan semua pembaca setia blog ini berkenaan satu filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Adik Manja Return. Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill. Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya. Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut. Pelakon-Pelakon Adik Manja Return Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi. Saksikan adik manja returns yang bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2012. Mat Kecoh difahamkan ada sebuah filem baru yang sedang menghangatkan keadaan pawagam-pawagam tanah air. Filem tersebut dijangka meletup, filem yang Mat Kecoh maksudkan ialah filem Aji Noh Motor. Adalah difahamkan filem ini adalah sebuah filem di dalam kategori Komedi Islamik. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa. Filem ini telah menjalani proses pengambaran di Beranang, Selangor Darul Ehsan. Skripnya ditulis oleh Shahriman Wabap. |
Mat Kecoh
Mat Kecoh yang sentiasa kecoh dengan pelbagai isu sensasi dan terkini.... Archives
May 2019
Kategori
All
|